◉ HEADLINES

Chegubard dipenjara empat bulan atas kenyataan fitnah

Hakim membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah jaminan RM15,000

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dihukum penjara empat bulan atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Chegubard, 48, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini.

Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah jaminan RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman manakala Badrul Hisham diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, lapor Bernama.

Pada 24 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md Nurdin memerintahkan Badrul Hisham membela diri atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan aktivis itu di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu pada 4 Nov tahun lepas selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki tersebut.

Pada 29 April 2024, aktivis politik itu didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan 2024 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 28 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related