◉ HEADLINES

Lebih satu juta tiket ETS, ERT 2027 akan mula dijual 2 November ini

Penjualan tiket berkenaan adalah bagi tempoh Januari hingga Mac 2027 dan akan mula dibuka mulai 12 tengah hari pada 2 November ini

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,573,872 tempat duduk bagi perkhidmatan tren Elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi tempoh Januari hingga Mac 2027, meningkat 39 peratus berbanding tempoh sama tahun ini.

Menurut KTMB, jualan tiket bagi kedua-dua perkhidmatan itu akan dibuka secara berperingkat mulai 2 November bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal, khususnya menjelang cuti persekolahan, cuti umum dan musim perayaan.

KTMB memberitahu, ia akan dibuka mulai 12 tengah hari bagi bagi perkhidmatan ETS dan ERT untuk tempoh perjalanan Januari hingga Februari 2027, manakala tiket ETS dan ERT untuk perjalanan Mac 2027 akan dijual pada 1 Disember ini.

Menurut kenyataan itu, daripada keseluruhan 1,573,872 tempat duduk yang ditawarkan, sebanyak 1,520,592 diperuntukkan bagi ETS manakala 53,280 tempat duduk bagi ERT.

“Jumlah itu mengatasi penawaran 1,131,500 tempat duduk bagi tempoh sama pada 2026, sekali gus menjadi penawaran tertinggi pernah disediakan KTMB bagi tiga bulan pertama tahun hadapan.

“Peningkatan kapasiti ini mencerminkan usaha berterusan KTMB dalam menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan bagi memenuhi keperluan pengguna perkhidmatan rel,” menurut KTMB dalam kenyataan.

Seiring peningkatan kapasiti, jumlah penumpang ETS diunjurkan meningkat 6.5 peratus kepada 6.28 juta orang pada 2027, berbanding unjuran 5.9 juta orang tahun ini.

KTMB juga berkata, ia akan menambah kekerapan perkhidmatan ETS pada 2027 daripada 44 perkhidmatan berjadual sehari pada 2026 kepada 50 perkhidmatan sehari dari Isnin hingga Khamis dan 58 perkhidmatan sehari bagi Jumaat hingga Ahad.

Peningkatan sehingga 14 perkhidmatan berjadual sehari itu turut melibatkan laluan JB Sentral-KL Sentral-JB Sentral, yang akan menyaksikan pertambahan kekerapan daripada lapan kepada 12 perkhidmatan berjadual sehari.

Langkah itu dijangka menyediakan lebih banyak pilihan jadual perjalanan kepada penumpang, khususnya pada hujung minggu dan musim puncak.

Selain itu, KTM memaklumkan Stesen Kuala Lumpur Lama dan Stesen Subang Jaya akan diperkenalkan sebagai hab tambahan perkhidmatan ETS bagi memperluas akses kepada pengangkutan rel serta menyediakan pilihan stesen alternatif, sekali gus membantu mengurangkan tumpuan di KL Sentral ketika waktu puncak dan musim perjalanan sibuk.

Dalam perkembangan berkaitan, KTMB juga akan menyusun semula jadual perjalanan ETS jarak jauh mulai 1 Jan 2027, melibatkan beberapa laluan yang menghubungkan sektor utara dan selatan rangkaian perkhidmatan itu.

“Menerusi penyusunan semula ini, perjalanan terus menggunakan tren yang sama bagi laluan JB Sentral-Butterworth, JB Sentral-Padang Besar serta Butterworth-Segamat dan perjalanan arah sebaliknya tidak lagi ditawarkan.

“Penumpang bagi laluan berkenaan perlu membuat pertukaran tren di KL Sentral sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” menurut kenyataan itu. – 29 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related