◉ HEADLINES

Enam Ahli Parlimen Bersatu meterai CSA tidak langgar perlembagaan parti, ikut aturan : Tun Faisal

Tun Faisal berkata tidak timbul soal pengkhianatan berhubung CSA sebaliknya mereka yang mengkhianati parti adalah mereka yang berunding tanpa mandat dengan pemimpin parti lain

10:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Sokongan (CSA) tidak melanggar Perlembagaan dan Kod Etika serta Tatakelakuan ahli parti berkenaan kerana mereka bertindak mengikut aturan, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Sambil membidas kenyataan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee, Tun Faisal berkata Naib Presiden Bersatu yang digantung keahliannya itu tidak memahami Perlembagaan parti berkenaan.

“Jika dia faham, sepatutnya dia tidak membandingkan tindakan terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu kerana melanggar Perkara 10.4 Perlembagaan parti dengan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani CSA dengan Kerajaan Pusat selepas mendapat keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Konteksnya langsung tidak sama.

“Akibat tindakan tidak mematuhi arahan bertulis daripada parti, enam Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini telah melanggar Perkara 10.4 Perlembagaan dan atas sebab itu keahlian mereka terhenti dengan sendirinya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada Khamis, kerajaan memuktamadkan perjanjian CSA bersama enam ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, enam bekas ahli Parlimen parti itu yang kini berstatus bebas, serta Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh, yang lain ialah dua Naib Presiden, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin serta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dua Ahli Parlimen parti tersebut Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) dan Datuk Ali Biju (Saratok).

Bagaimanapun semalam, Ronald Kiandee mempersoalkan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani CSA meskipun parti itu sebelum ini memecat enam bekas wakil rakyatnya kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan akan dikenakan ke atas Ahli-Ahli Parlimen berkenaan dan sama ada pemeteraian perjanjian berkenaan ada kaitan dengan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, Tun Faisal memberitahu, tidak timbul soal pengkhianatan berhubung CSA sebaliknya mereka yang mengkhianati parti adalah mereka yang berunding tanpa mandat dengan pemimpin parti lain.

Beliau juga mendakwa ramai penyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sebelum ini tidak memahami perlembagaan Bersatu.

“Jadi tidak pelik jika mereka bertindak melanggar perlembagaan dan disiplin parti sesuka hati sehingga dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Bersatu,’’ katanya. – 31 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related