◉ HEADLINES

Thailand, Brunei, Kemboja sertai Malaysia tangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak : Fahmi

Fahmi berkata ketiga-tiga negara itu menyertai Singapura dan Indonesia yang senada serta bergerak dalam hala tuju yang sama terutama bagi mendepani platform-platform media sosial

9:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Thailand, Brunei dan Kemboja merupakan negara Asean terbaharu yang menyatakan hasrat untuk bergerak dengan Malaysia dalam menangani isu keselamatan dalam talian membabitkan kanak-kanak.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, negara terbabit menyertai Singapura dan Indonesia yang senada serta bergerak dalam hala tuju yang sama terutama bagi mendepani platform-platform media sosial.

Beliau turut menyambut baik perkembangan berkenaan yang disifatkan sebagai ‘Asean menuju ke arah yang sama’, lapor Bernama.

“Dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia dan Singapura, kita telah senada dalam hal ini, jadi sekarang lebih bagus, rantau Asia Tenggara akan bergerak dalam hala tuju yang sama, kerana apabila kita bersatu, kita akan lebih kuat, terutama dalam mendepani platform-platform media sosial gergasi.

“Kita dapati langkah ini akan banyak membantu, terutamanya apabila platform melihat rantau ini sebagai satu keseluruhan pasaran. Maka, sekiranya keseluruhan atau majoriti pasaran di Asia Tenggara mula bercakap tentang perkara yang sama, langkah ini akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Kempen Internet Selamat di Universiti Multimedia (MMU) Kampus Melaka di Bukit Beruang, di Melaka, hari ini.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan kerjasama antara agensi pada peringkat pelaksanaan bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan usaha turut dirancang untuk melibatkan Singapura.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata dalam usaha bersama menangani isu keselamatan kanak-kanak dalam talian, pihaknya turut mengambil pengajaran daripada cara pelaksanaan beberapa sekatan yang dikenakan di negara lain seperti Australia.

“Kita juga mengambil tahu dan maklum tentang beberapa kes terbaharu di Amerika Syarikat, di New Mexico, dan hal ini sangat membantu untuk kita mengambil tindakan atau merancang langkah seterusnya,” katanya. – 1 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related