◉ HEADLINES

Pembangunan Bandar Madani Bukit Jalil tertakluk syarat penyediaan infrastruktur

DBKL, katanya, akan memastikan pembangunan mengikut Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 PTKL, termasuk kepadatan penduduk

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembangunan Bandar Madani Bukit Jalil tertakluk kepada syarat penyediaan infrastruktur terlebih dahulu atau dilaksanakan serentak dengan pembangunan bagi memastikan kemudahan asas mampu menampung keperluan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, dalam pembangunan bandar berkenaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak sebagai pihak berkuasa yang meluluskan.

DBKL, katanya, akan memastikan pembangunan mengikut Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 PTKL, termasuk kepadatan penduduk.

“Cadangan pembangunan Bandar Madani Bukit Jalil dengan kepadatan keseluruhan dengan anggaran 1,048 orang seekar adalah selaras dengan garis panduan perumahan mampu milik dan PTKL 2040.

“Sebanyak empat kebenaran merancang telah diberikan iaitu perintah pembangunan bagi pelan susur atur keseluruhan, Madani Hub yang merangkumi dewan, medan selera dan stesen bas, Residensi Madani berharga bawah RM200,000 untuk 4,218 unit serta Sekolah Madani terdiri daripada prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta pendidikan khas,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Dewan Rakyat, semalam.

Hannah memberitahu, Datuk Bandar Kuala Lumpur sedang memantau pelaksanaan pembangunan berkenaan bagi memastikan infrastruktur yang diperlukan dapat dibangunkan seiring dengan kemajuan projek sebelum lebih banyak kebenaran merancang diberikan bagi fasa seterusnya.

Sebelum ini, 30 persatuan penduduk bergabung tenaga untuk membantah cadangan pembangunan perumahan Bandar Madani, melibatkan 17,000 unit di Bukit Jalil dengan mengambil kira insfrastruktur sedia ada terutamanya laluan trafik utama kini berada pada tahap tepu dan tidak lagi mampu menampung kepadatan penduduk setempat.

Pengerusi persatuan penduduk berkenaan, Zainuddin Zainal, berkata berdasarkan kajian sedia ada, sebanyak 15,000 unit kediaman kini sedang dalam pembinaan dalam radius dua kilometer di kawasan terbabit.

Keadaan dijangka bertambah kritikal sekiranya cadangan pembinaan 17,000 unit rumah baharu diluluskan dalam tempoh 10 tahun akan datang, sekali gus melonjakkan jumlah pertambahan unit kediaman kepada 32,000 unit.

Aduan utama mereka ialah projek itu dikenali sebagai perumahan mampu milik, namun hanya 1,750 daripada 17,000 unit ditawarkan pada harga kira-kira RM200,000. Selebihnya berharga antara RM390,000 hingga RM480,000. – 3 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

◉ Related