◉ HEADLINES

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan licik seorang pengarah klinik swasta di Lahad Datu, Sabah, yang didakwa menyalahgunakan maklumat pencarum bagi mengaut tuntutan palsu akhirnya memakan diri selepas dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendedahkan, tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan rasmi yang dikemukakan agensi perlindungan sosial itu kepada SPRM sejak 2023.

Difahamkan, pengarah terbabit dikesan memanipulasi data peribadi pekerja untuk membuat tuntutan tidak sah di bawah Program Saringan Kesihatan (HSP) Perkeso.

Perkeso dalam satu kenyataan memaklumkan, pembongkaran itu digerakkan oleh Bahagian Anti Fraud, Etika dan Integriti (AFEI) yang melancarkan risikan serta siasatan dalaman sejurus menerima aduan berhubung aktiviti mencurigakan di klinik terbabit.

Siasatan rapi unit terbabit berjaya mengesan unsur penipuan (fraud) terancang melibatkan penyedia perkhidmatan luar, sebelum fail kes diserahkan kepada SPRM untuk tindakan undang-undang menyeluruh.

“Tindakan ini membuktikan keberkesanan mekanisme pemantauan dan kawalan integriti Perkeso dalam mengenal pasti sebarang elemen ketidakpatuhan atau penyelewengan, termasuk yang melibatkan penyedia perkhidmatan luar.

“Sebarang aduan berkaitan salah guna kemudahan, maklumat pencarum atau tuntutan yang meragukan akan diteliti secara serius.

“Tiada kompromi kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kemudahan perlindungan keselamatan sosial, demi melindungi kepentingan pencarum dan dana keselamatan sosial,” tegas Perkeso.

Agensi itu menyambut baik tindakan lanjut suruhanjaya berkenaan dan memberi jaminan akan terus menyalurkan kerjasama penuh bagi memastikan siasatan berjalan telus dan tuntas.

Perkeso turut menegaskan pihaknya kekal berpegang kepada tatakelola berintegriti tinggi dan akauntabiliti dalam memelihara amanah dana pencarum di bawah payung penjenamaan perlindungan LINDUNG. – 4 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related