◉ HEADLINES

PRN Melaka: Undi awal selesai, semua 31 pusat mengundi ditutup

Sebanyak 94.96 peratus pemilih fizikal menunaikan tanggungjawab apabila kesemua 31 pusat undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 ditutup secara rasmi pada 5 petang tadi

5:25 PM MYT

 

MELAKA – Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing berakhir hari ini, selepas kesemua 31 pusat mengundi awal ditutup sepenuhnya pada 5 petang.

Pusat mengundi yang mula dibuka seawal 8 pagi tadi ditutup secara berperingkat mengikut kawasan serta jumlah pemilih berdaftar yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula dari 12 tengah hari, 2 petang hingga 5 petang.

Mengikut statistik SPR bagi PRN Melaka ke-16, terdapat sebanyak 12,531 pengundi awal, terdiri daripada 9,769 anggota tentera bersama-sama pasangan dan 2,762 anggota polis.

Daripada jumlah itu, 9,917 orang mengundi awal secara fizikal, manakala 2,614 lagi mengundi secara pos.

Berdasarkan peratusan keluar mengundi terkini yang dipaparkan di papan pemuka SPR, sebanyak  94.96 peratus atau 9,417 pemilih yang mengundi awal secara fizikal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Secara keseluruhan, sebanyak 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing pada pilihan raya kali ini.

SPR menetapkan 14 Nov ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya ini menyaksikan Pakatan Harapan mempertaruhkan calon di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Barisan Nasional (23), Parti Bersama Malaysia (16), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tujuh), Perikatan Nasional (lima), parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan Bebas (tiga).

Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional menang 21 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan menang lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi. – 10 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related