◉ HEADLINES

Pulau Pinang bakal ikut jejak Selangor, Kedah naikkan had umur kahwin?

Kerajaan negeri akan mengumpul pandangan menerusi sesi libat urus sebelum memutuskan cadangan mengubah had umur minimum perkahwinan umat Islam daripada 16 kepada 18 tahun

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal mengadakan sesi libat urus bagi meneliti cadangan menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi umat Islam daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Langkah itu menyusul selepas Selangor dan Kedah terlebih dahulu meminda undang-undang berkaitan di negeri masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, perbincangan menyeluruh bersama pihak berkepentingan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang ketetapan muktamad diambil.

“Setakat ini perancangan ke arah itu belum dibincangkan secara khusus. Kita akan adakan sesi libat urus terlebih dahulu bagi menilai kebolehlaksanaan dan kesesuaiannya di Pulau Pinang,” katanya yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan Idrissi International School, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP, Dr Mohamad Sofee Razak dan Pengasas Idrissi, Zaliza Alias.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan sesi libat urus berkenaan turut akan melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebelum sebarang perkembangan lanjut diumumkan.

Ketika ini, enakmen undang-undang keluarga Islam di Pulau Pinang masih menetapkan had umur minimum perkahwinan pada usia 16 tahun.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus menyelaraskan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun di seluruh negara secara berperingkat melalui rundingan dengan pihak berkuasa agama setiap negeri. – 12 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related