◉ HEADLINES

Agama patut menyatukan, bukan jadi alat memecah-belah masyarakat : Saifuddin

Kenyataan sedemikian, katanya, amat dikesali kerana ia membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin

7:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Agama sepatutnya menyatukan, bukan menjadi alat memecah belah masyarakat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyatakan kebimbangan dengan kenyataan yang didakwa dalam satu ceramah politik di Melaka yang mendakwa ‘sejahat-jahat orang Islam yang memerintah negara sekalipun tidak sezalim orang bukan Islam’.

Kenyataan sedemikian, katanya, amat dikesali kerana ia membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin.

“Sangat jelas Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil walaupun terhadap pihak yang tidak disukai.

“Sungguh amat dikesali ada yang membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang zalim tetap lebih baik daripada orang bukan Islam, hanya kerana perbezaan agama.

“Seseorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan identiti agamanya semata-mata, tetapi berdasarkan amanah, keadilan dan keupayaannya melindungi rakyat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Media melaporkan Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini didakwa berkata dalam Islam, perkiraan politik dibuat berlandaskan faktor dosa dan pahala berbanding orang bukan Islam yang didakwanya ‘zalim’

“Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam,” katanya ketika berucap di pentas Grand Finale Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, rasuah tetap rasuah, begitu juga dengan penindasan justeru pengkhianatan terhadap amanah tetap satu kesalahan walau siapa pun pelakunya.

“Jangan kita menggunakan agama untuk memberikan perlindungan moral kepada pemimpin yang rasuah,’’ katanya.

Beliau turut memberitahu, pilihan raya sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat menilai rekod prestasi, integriti dan kemampuan calon serta parti politik, bukannya medan untuk membangkitkan ketakutan dan prasangka kaum dan agama.

“Saya ingin mengingatkan Islam tidak menjadi mulia dengan merendahkan agama lain. Islam menjadi mulia melalui keadilan, akhlak, ilmu, amanah dan contoh kepimpinan yang baik.

“Begitu juga, kekuatan orang Melayu dan umat Islam tidak akan terhakis hanya kerana kita menghormati hak kaum dan agama lain,’’ katanya.

Tambahnya, umat Islam akan lebih dihormati apabila mereka menjadi contoh terbaik dalam keadilan, kemajuan, kebijaksanaan dan sifat rahmah kepada seluruh manusia. – 13 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related