◉ HEADLINES

BN menang besar di Melaka, raih 49.2% undi popular

Ia diikuti oleh Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 143,273 (29.3 peratus) dan Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 68,017 undi atau 13.9 peratus

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yang memenangi 21 kerusi daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, mendahului undi popular dengan meraih 240,651 undi atau 49.2 peratus.

Ia diikuti oleh Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 143,273 (29.3 peratus) dan Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 68,017 undi atau 13.9 peratus.

Jumlah keseluruhan undi pada PRN kali ini ialah 488,737.

Undi popular adalah jumlah keseluruhan undi yang diperoleh oleh sesebuah parti politik, gabungan atau calon daripada pengundi di semua kawasan pilihan raya yang ditandinginya.

Undi popular yang diraih oleh BN pada PRN ke-16 ini, menunjukkan peningkatan berbanding PRN pada 2021 di mana parti itu mendapat 122,741 undi atau 38.4 peratus.

Ia merekodkan kenaikan 10.8 peratus pada PRN ke-16 ini.

Sumber dari https://electiondata.my/

Sementara DAP mendapat 74,068 undi (15.2 peratus) dan PKR pula 40,701 undi atau 8.3 peratus.

Manakala Parti Bersama, yang pertama kali bertanding di Melaka memperoleh 19,176 undi atau 3.9 peratus, diikuti Bersatu yang bertanding di tujuh kerusi DUN pula mendapat 15,428 undi (3.2 peratus), calon Bebas mendapat yang bertanding di tiga kerusi mendapat 875 undi (0.2 peratus) dan Putra memperoleh 1,317 undi (0.3 peratus).

Keputusan PRN semalam menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN manakala PH memenangi empat kerusi dan PN memperoleh tiga kerusi.

Keputusan itu menyaksikan gabungan BN-PN memperoleh 24 kerusi, melepasi jumlah 19 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri (SPR), sebanyak 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.

“Jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos,” katanya.

Sementara itu, calon BN, Datuk Rais Yasin di DUN Sungai Udang menang dengan majoriti tertinggi, iaitu 16,214 undi selepas menewaskan calon Bersatu dan Bersama yang masing-masing mendapat 2,103 serta 1,322 undi.

Kerusi DUN Sungai Udang pula adalah antara kerusi tumpuan PRN Melaka kali ini, yang menyaksikan sebanyak 22,195 daripada 29,692 pengundi berdaftar keluar mengundi.

Calon BN Datuk Ngwe Hee Sem, yang memperoleh 6,686 undi, mencatatkan majoriti terendah selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Machap Jaya membabitkan calon PH, Datuk Ginie Lim Siew Lin dan Prasanth Kumar Brakasam daripada Bersama.

Kerusi DUN Machap Jaya disandang Ngwe yang menang dengan majoriti 938 pada PRN Melaka 2021. – 15 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related