◉ HEADLINES

Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz: Istana

Istana Negeri Sembilan memaklumkan Majlis Menghadap untuk Datuk Ismail Lasim ditetapkan pada Jumaat ini, selain mendedahkan ketulenan surat peletakan jawatan itu belum disahkan

12:03 PM MYT

 

SEREMBAN – Istana Negeri Sembilan memaklumkan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali berkata Istana Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, yang dimuat naik di media sosial, 10 malam tadi.

“Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar ke Istana Hinggap, di sini pada 12.16 tengah malam, tadi. Surat itu diserahkan oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.

“Setiausaha Sulit (kepada Tuanku Muhriz) kemudian menyampaikan kepada Ismail melalui aplikasi WhatsApp, pada 8.38 malam, perkenan untuk beliau menghadap seperti yang dimohon dan perkara ini diakui diterima beliau. Majlis Menghadap tersebut ditetapkan pada 10.00 pagi, Jumaat ini (20 Nov),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata perkenan menghadap tersebut telah diberikan awal 80 minit sebelum kenyataan Zambry.

Beliau berkata Istana Negeri Sembilan belum mengesahkan ketulenan surat tersebut, yang menurut Zambry telah ditandatangani Ismail.

Semalam, Zambry dilaporkan berkata Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima satu salinan surat peletakan jawatan berkenaan, yang telah diutuskan kepada Tuanku Muhriz.

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lepas. – 17 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related