HEADLINES

413 maut, 2,300 cedera dalam serangan kejam Israel

Antara yang terkorban adalah 78 kanak-kanak dan 41 wanita, akibat pengeboman oleh pesawat perang Israel ke atas beberapa rumah di Semenanjung Gaza

10:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR ­— Seramai 413 penduduk Palestin terkorban manakala 2,300 orang cedera akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, yang masuk hari kedua pada Ahad.

Angka berkenaan disahkan Kementerian Kesihatan Palestin, lapor WAFA News Agency.

Petugas kesihatan membawa mereka yang cedera ke hospital akibat serangan udara Israel. – Gambar ihsan WAFA News Agency, 9 Oktober, 2023

Menurut wakil WAFA di Gaza, antara yang terkorban adalah 78 kanak-kanak dan 41 wanita, akibat pengeboman oleh pesawat perang Israel ke atas beberapa rumah di Semenanjung Gaza.

Petang semalam, jet  perang Israel telah mengebom dua kawasan di bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza dan di bandar Beit Hanoun di utara, hingga meragut nyawa bayi, wanita serta warga emas. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related