HEADLINES

Dakwaan wujud komplot jatuhkan Sanusi, ‘kita kenal dia macam mana’: PM

Anwar turut melabelkan pemimpin itu sebagai individu yang terkenal dengan teori baharu

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai individu yang terkenal dengan teori baharu, termasuk dakwaan pemimpin itu kononnya wujud komplot berhubung penahanannya yang dirancang sejak enam bulan lalu.

Perdana Menteri berkata, sikap Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu sememangnya sudah diketahui.

“Kita kenal dia (Sanusi) macam mana.

“Saya tidak perlu ulas kerana itu urusan polis. Kita kenal dia macam mana dan setiap hari beliau ada teori baharu,” katanya ringkas seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga FELDA hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Sanusi berhubung wujud komplot menjatuhkan pemimpin itu.

Terdahulu, Sanusi ketika berucap pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil, Baling, Kedah malam tadi mendakwa, sememangnya wujud rancangan sejak awal tahun ini untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin politik.

Dakwanya, perkara itu diketahui menerusi maklumat diterima beliau daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan terbabit akan diambil susulan kritikan terbuka dilontarkannya kepada pihak tertentu.

Malah, Sanusi mendakwa, bagi memastikan keselamatannya, beliau memiliki pistol dalam kereta 24 jam bersama dua kelopak, masing-masing 14 peluru setiap satu.

Katanya, keadaan itu juga memerlukannya berhati-hati sepanjang masa kerana dibimbangi berdepan pihak yang ingin berbuat jahat.

Selasa lalu, Sanusi ditahan polis pada jam 3 pagi sebelum didakwa di dua mahkamah berasingan di Selayang, atas pertuduhan menghasut dalam ceramah politik. – 23 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related