Umat Islam tonton konsert The 1975 perlu mohon keampunan Allah meskipun…

Tindakan itu sebagai menzahirkan kekesalan walau mereka tidak dikira melakukan dosa

9:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang menonton konsert kumpulan The 1975 di Good Vibes Festival, Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu lalu dinasihatkan agar memohon keampunan daripada Allah SWT sebagai menzahirkan kekesalan walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan itu perlu dilakukan walaupun penonton tidak menjangka perbuatan tidak bermoral akan dilakukan vokalisnya, Matty Healy di hadapan mereka semasa konsert tersebut diadakan.

Menurutnya, kelakuan tidak sopan dan kritikan terhadap undang-undang Malaysia pada konsert tersebut, membuktikan kumpulan muzik dari Britain itu berniat serong terhadap Malaysia dan rakyatnya yang masih mendukung serta menghormati nilai akhlak murni.

“Agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan, termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya. Namun yang ditentang dan dilarang Islam adalah hiburan dan apa jua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran serta kelakuan penonton atau peminat.

“Sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan, termasuk dalam bidang kesenian serta hiburan, malah menyarankan semua pihak supaya sama-sama berusaha ke arah pembinaan masyarakat yang baik, adil dan bersih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangunkan generasi penerus yang dinamik dan progresif, membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai moral.

Malah katanya, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 dan tindakan itu tidak boleh dipersalahkan kerana penganjur sudah membuat akujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert berkenaan.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter menyifatkan tindakan Matty yang berkelakuan tidak sopan dan mempersenda undang-undang berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dalam konsert itu, sebagai perbuatan biadab.

Dalam konsert itu, Matty dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Lebih melampuau, Matty membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu LGBT sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di pentas. – 24 Julai, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related