HEADLINES

Bekas ADUN Pulau Tikus tarik diri jadi calon, keputusan sukar tapi…

Ujian darah mengesahkan beliau menghidap ‘hipertiroidisme’ yang juga penyakit keturunan dalam keluarganya

2:51 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit menarik diri daripada menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada 12 Ogos depan atas faktor kesihatan.

Pemimpin DAP berusia 41 tahun itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas berunding dengan kepimpinan parti dan keluarganya.

Menurut Chun Kit, beliau mengalami penurunan berat badan paling rendah sepanjang hidupnya semasa musim pandemik COVID-19 pada 2021.

Malah katanya, ujian darah mengesahkan beliau menghidap ‘hipertiroidisme’ yang juga penyakit keturunan dalam keluarganya.

“Saya telah menguruskan keadaan diri dan kawasan pilihan raya saya dengan sebaik mungkin, tetapi pada masa ini, selepas berunding dengan pemimpin parti dan keluarga, saya memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding.

“Mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan seorang adik autistik yang bergantung kepada saya, memerlukan saya untuk membuat keputusan sukar ini dan harus mengutamakan kesihatan saya.

“Saya berharap apabila saya akhirnya selesai dengan perkara ini, saya boleh kembali berkhidmat kepada rakyat semula,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menerusi hantaran yang sama, Chun Kit turut berkongsi keputusan ujian hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) yang menunjukkan tahap bacaan hampir tiga kali ganda daripada julat normal.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan selamat maju kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang akan dipertaruhkan di kerusi DUN Pulau Tikus.

“Saya akan berada di sekitar untuk menyokong beliau dalam apa jua cara yang mungkin. Terima kasih kepada pemimpin parti, keluarga dan rakan-rakan untuk tempoh lima tahun yang indah,” katanya.

Difahamkan, DAP Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang akan bertanding di negeri itu pada jam 5 petang ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) secara keseluruhannya, DAP menang 19 kerusi DUN di Pulau Pinang dan akan mempertahankan kesemua kerusi DUN yang disandang itu. – 25 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

Related