HEADLINES

Mungkin Tun sudah lupa, tiada sepatah perkataan ‘Melayu’ disebut dalam Wawasan 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad mendendangkan semula lagu 'Melayu'. Cuma kali ini bukan Melayu malas tetapi Melayu terancam

11:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lupa tiada sepatah kata pun ‘Melayu’ disebut dalam Wawasan 2020 yang dirangka pada 1991 sebaliknya yang disebut adalah ‘satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

“Kini mantan Perdana Menteri itu mendendangkan semula lagu ‘Melayu’ cuma kali ini bukan Melayu malas sebaliknya Melayu terancam,” demikian kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Lee Chean Chung meminta semua pihak mengambil ikhtibar bagaimana kerakusan kuasa boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan. – Gambar dari Facebook, 27 Julai, 2023

Jelasnya, tanpa menunjukkan bukti, Dr Mahathir mendakwa bahawa Melayu sudah hilang banyak wilayah, disusuli dengan ramalan bahawa “Melayu akan hilang negara mereka dan hilang di dunia”, sambil menafikan tujuannya untuk menakutkan.

”Dan ironinya beliau memetik kalimat Hang Tuah, ikon sejarah yang mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Sultan, bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua pihak harus belajar untuk menghayati Hang Tuah yang meraikan kepelbagaian dan menyelesaikan masalah dengan bijaksana. – Gambar dari wikipedia, 27 Julai, 2023

Sedangkan kejatuhan empayar Kesultanan Melaka adalah disebabkan fitnah yang berleluasa, rasuah dan pengurusan ekonomi yang tidak cekap (kadar cukai yang tinggi) membawa kepada kejatuhan empayar berkenaan apabila penjajah Portugas menawan Melaka pada 1511.

Meskipun ia berlaku pada ke-16 namun iktibar yang boleh diambil ialah pergelutan politik dalaman yang berlebihan sehingga saling menjahanamkan, hasad dengki dan kegelojohan serta kerakusan, bakal mengundang kejatuhan satu empayar yang pernah seketika tersergam megah.

Tambah Chean Chung lagi, mungkin Dr Mahathir cuba mengimbau sejarah pada abad ke-15 dan ke-16 untuk memperlihatkan bagaimana Kesultanan Melayu Melaka yang pernah mencapai kegemilangan menuju ke arah kemerosotan dan akhirnya jatuh ke tangan penjajah asing.

“Kita boleh menuding jari kepada pendatang asing, atau Barat, yang mencatur konspirasi untuk menakluk Melaka. Dalam kes sejarah ini, kita mendakwa Portugis menawan Melaka dengan senjata yang jauh lebih canggih daripada keris dan perisai askar Melaka ketika itu, yang mana ia adalah fakta yang sukar disanggah.

“Namun, tujuh abad kemudian, kita perlu sedar jika kita membiarkan politiking yang berlebihan sesama diri kita, dengan fitnah yang ditaburkan sewenang-wenangnya, Malaysia akan terus bergelut dengan politik sebegini hingga ketinggalan tatkala langkah dunia semakin laju untuk menguasai kemajuan teknologi.

“Kita mungkin tidak dijajah secara fizikal, tetapi kita akan menjadi semakin mundur sehingga terpaksa bergantung kepada kuasa ekonomi asing,’’ katanya.

Mengulas mengenai nama Hang Tuah yang dipetik oleh Dr Mahathir sebelum ini, Chean Chung meminta semua pihak tidak terpukau atau bersikap sinis terhadap kisah bagaimana Hang Tuah kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata sebaliknya membaca apa yang tersirat dengan keris Taming Sari.

“Hang Tuah menjadi gah dan hebat kerana pucuk kuasa yang digenggam dalam tangan. Itu sebab Hang Tuah digeruni kawan dan lawan,’’ katanya. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related