◉ HEADLINES

Majlis Presiden PN setuju presiden Gerakan jadi calon DUN Bayan Lepas

Kerusi itu mencetus pertikaian selepas PAS cawangan itu menegaskan mereka akan menolak sekiranya calon bukan Melayu diketengahkan PN di situ

5:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi satu kenyataan memaklumkan, pencalonan Dominic sudah dipersetujui oleh Majlis Presiden PN.

PN malam tadi mengumumkan 39 nama calon yang akan menggalas misi gabungan itu untuk merampas Pulau Pinang pada PRN kali ini.

Namun satu-satunya kerusi DUN yang belum diumumkan semalam ialah Bayan Lepas.

Kerusi DUN Bayan Lepas mencetus pertikaian selepas PAS cawangan itu menegaskan mereka akan menolak sekiranya calon bukan Melayu diketengahkan PN di situ.

Selain Bayan Lepas, nama Lau juga dikaitkan dengan DUN Telok Ayer Tawar yang juga kerusi majoriti Melayu dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, yang turut mencetus bantahan dalam kalangan Pemuda PAS di kawasan itu. – 27 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related