HEADLINES

Sudah 9 bulan saya jadi ‘YB’ tidak rasmi di kawasan Lembah Jaya: Altimet

Berdasarkan data serta usaha yang dilakukan, Altimet percaya bahawa beliau memiliki peluang yang cerah untuk menawan Lembah Jaya

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan juga rapper Malaysia, Altimet mengakui sudah sembilan bulan bergerak untuk mendekati masyarakat di Lembah Jaya bagi memahami masalah mereka serta berusaha memajukan kawasan tersebut demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Selama sembilan bulan itu, saya telah melakukan kerja-kerja sebagai seorang YB (Yang Berhormat) secara tidak rasmi iaitu membuat lawatan dan membantu penduduk tentang hal-hal yang berkaitan dengan isu semasa melibatkan mereka.

Altimet bersama ahli komuniti Lembah Jaya usai acara program korban 30 Jun lalu – Gambar Facebook Syed Ahmad Altimet, 27 Julai, 2023

“Antaranya ialah mengenal pasti masalah infrastruktur yang dihadapi serta berkaitan dengan keperluan asas mereka. Kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan tersebut adalah dari golongan B40. Jadi, masalah yang dihadapi mereka adalah tentang isu tidak cukup wang untuk beli lampin anak, bumbung bocor dan sebagainya.

“Disebabkan itu, saya telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan termasuk mengadakan beberapa program yang memberikan manfaat kepada masyarakat setempat termasuk program khatan secara beramai-ramai baru-baru ini serta program eksotik zoo untuk pendidikan anak-anak di kawasan kampung tersebut,” katanya kepada Scoop.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman yang menyandang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Ampang dinamakan sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Berdasarkan data serta usaha yang dilakukan selama sembilan bulan tersebut, Altimet percaya beliau memiliki peluang yang cerah untuk menawan kawasan Lembah Jaya.

“Jika menang, matlamat saya adalah merancang untuk menjadikan Lembah Jaya sebuah kawasan yang mesra untuk semua lapisan masyarakat dan usia.

“Di mana golongan kanak-kanak boleh membesar, golongan ibu bapa rasa selesa mencari rezeki dan membesarkan anak-anak mereka di situ dan golongan pesara juga rasa selesa untuk menikmati sisa-sisa kehidupan di situ,” katanya.

Biarpun mengakui wakil Parti Perikatan (PN) bakal menjadi saingan sengit di kawasan DUN Lembah Jaya, Altimet percaya pengundi-pengundi yang berada di Lembah Jaya, Ampang mahupun Selangor adalah pengundi-pengundi yang bijak menilai.

“Mereka tahu ini adalah Pilihan Raya Negeri dan bukannya Pilihan Raya Umum. Jadi apa yang dilihat atau dinilai adalah prestasi parti pembangkang serta parti yang membentuk kerajaan negeri.

“Mengikut hasil survey, ¾ responden sangat berpuas hati dengan parti yang mentabdir kerajaan sekarang,” katanya. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related