Saya tidak layak ganti Salahuddin, namun akur dengan apa jua keputusan: Sany

Saya bukan orang yang layak menggantikan beliau cuma kita diajar dari dahulu, kita orang parti, kena akur dengan apa juga keputusan pucuk kepimpinan

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata beliau tidak layak untuk menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai menteri namun akur dengan apa jua keputusan yang ditetapkan parti Amanah.

Sany yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan Amanah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih calon bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Saya bukan orang yang layak menggantikan beliau cuma kita diajar dari dahulu, kita orang parti, kena akur dengan apa juga keputusan oleh kepimpinan Amanah kerana kita naik sebagai Adun ataupun Ahli Parlimen disebabkan parti.

“Kita perlu taat dan mendokong apa sahaja keputusan dibuat parti. Kena ingat, Perdana Menteri mempunyai kuasa (dalam memilih Jemaah Menteri), maka serahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi Amanah bagi memilih siapa yang layak memegang jawatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Mohd Sany berkata demikian bagi mengulas khabar angin bahawa beliau antara nama-nama yang disebut untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang disandang oleh Allahyarham Salahuddin.

Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Ahad lalu. Beliau menjadi Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal itu, meninggal dunia ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.

Ditanya mengenai kriteria yang sesuai untuk menggalas jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sany berkata sesiapa sahaja yang menggalas tanggungjawab itu perlu berdepan cabaran dan tekanan dalam meneruskan kesinambungan legasi Salahuddin, yang telah membawa KPDN ke tahap yang sangat tinggi.

“Bukan mudah untuk meneruskan kecemerlangan ditinggalkan Allahyarham. Ketekunan serta semangat beliau yang sentiasa membantu masyarakat berkaitan soal keperluan harian, kita boleh lihat keberkesanannya sehingga Salahuddin meninggal dunia ketika masih bertugas,” katanya.

Katanya, komitmen, azam dan kesungguhan untuk melaksanakan program gerak kerja membantu rakyat merupakan indikator penting bagi menentukan sama ada seseorang itu layak dilantik menteri atau sebaliknya.

“Bukan menjadi menteri itu yang penting, namun tanggungjawab diberikan perlu dilaksana sebaik mungkin dengan mengamalkan sikap jujur, berintegriti serta perlu bekerja kuat untuk melunaskan segala tugas dan Amanah,’’ katanya.

KPDN, ujarnya adalah kementerian yang penting kerana melibatkan hal kepenggunaan masyarakat Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika dihubungi pula berkata soal pengganti jawatan terbabit akan dibincangkan bersama Pengerusi PH, sebelum diputuskan oleh kepimpinan parti pada bila tiba masa yang sesuai.

Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, tumpuan Amanah kini adalah untuk melaksanakan gerak kerja bagi pilihan raya di enam negeri – Gambar Facebook Mohamad Sabu, 28 Julai, 2023

Tegasnya, tumpuan Amanah kini adalah untuk melaksanakan gerak kerja bagi pilihan raya di enam negeri dan beliau akan turun padang bersama jentera parti selain memberikan tumpuan kepada tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Kepada seluruh ahli, jangan memikirkan dahulu siapa akan menggantikan tempat Salahuddin. Selepas ini, baru kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri. Amanah akan menguruskan sebaiknya segala hal berkait perkara itu di samping mengikut aturan dan amalan kebiasaan dalam parti,’’ katanya. – 28 Julai, 2023

.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related