HEADLINES

Satees keluar DAP, bakal pertahan DUN Bagan Dalam atas tiket bebas

Beliau yang juga Ketua Cawangan DAP Ujung Batu berikrar akan menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk terus menerajui Pulau Pinang

1:23 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy mengumumkan keluar DAP dan mengesahkan akan bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Cawangan DAP Ujung Batu berikrar akan menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk terus menerajui Pulau Pinang.

Pada masa sama beliau menegaskan tidak akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya diberi mandat buat kali kedua menjadi ADUN kawasan berkenaan.

“Saya telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti Anthony Loke pagi ini dan telah memaklumkan kepada Chow mengenai keputusan yang paling sukar, selepas 15 tahun berkhidmat dalam parti,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat ADUN Bagan Dalam di sini hari ini.

Satees antara beberapa penyandang dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang tidak tersenarai sebagai calon pada PRN kali ini selain Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Masyarakat Phee Boon Poh, Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Chong Eng, Exco Belia dan Sukan Soon Lip Chee, Exco Pelancongan dan Industri Kreatif Yeoh Soon Hin dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi P Ramasamy.

Satees, 38, berkata beliau akan bekerjasama mewujudkan blok calon Bebas bersama bekas Ketua Cawangan DAP Kampung Jawa Autocity David Marshel yang turut mengumumkan keluar parti dan mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi DUN Perai, semalam. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

World competitiveness ranking: Malaysia down 7 spots from last year

Nation at 34th place this year falling behind Indonesia, Thailand

Ramai minta Rosyam Nor ambil Upin Ipin jadi ‘anak angkat’, Hero Malaya itu kenalan lama arwah bapa mereka

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba si kembar Upin Ipin daripada Kampung Durian Runtuh sibuk mencari pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, sampaikan ia jadi viral di TikTok. “Hai saya, Upin. Yang ini adik saya Ipin. Betul betul betul.  Kami nak cari pelakon terkenal ni. Datuk Rosyam Nor. Hero Malaya

Wan Fayhsal urges Muhyiddin to resign from Bersatu, accuses him of misleading PAS over PN restructuring

The suspended Bersatu leader has called on Tan Sri Muhyiddin Yassin to step down as party president, claiming he misrepresented discussions with PAS over plans to restructure Perikatan Nasional and abolish the coalition’s chairman’s post

Related