◉ HEADLINES

Calon mula tiba di pusat penamaan, proses penamaan semakin meriah

8:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon di 173 pusat penamaan calon di enam negeri akan bermula pada 9 pagi namun penyokong-penyokong parti bertanding sudah mula memenuhi pusat penamaan tersebut.

Antara calon yang telah tiba di pusat penamaan ialah Calon PH Juwairiya Zulkifli bagi DUN Hulu Kelang, Selangor.

Juwairiya Zulkifli ketika tiba di tapak Himpunan Perpaduan Gombak di Jambatan Sungai Chinchin pada jam 7.25 pagi tadi – Gambar Bernama, 29 Julai, 2023

Selain itu, calon Muda bagi kerusi Dusun Tua, Al Hafiz Ikhwan, juga tiba di pusat penamaan calon bersama sekumpulan penyokong.

Wakil Muda, Al Hafiz Ikhwan calon kerusi Dusun Tua ceria disambut penyokong di pusat pencalonan di sini pagi ini. – Gambar Scoop, 29 Julai, 2023

Beliau tiba di tapak Himpunan Perpaduan Gombak di Jambatan Sungai Chinchin pada jam 7.25 pagi.
Anggota polis juga sudah mengadakan kawalan dan menutup laluan utama menuju ke beberapa pusat-pusat penamaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN itu merupakan kali pertama menyaksikan enam negeri berkenaan mengadakan pilihan raya bagi memilih Ahli DUN masing-masing secara berasingan daripada pilihan raya untuk kerusi Parlimen.

Rafizi Ramli dilihat tiba di Surau Al-Ansar Sikamat dan sempat beramah mesra dengan penyokong. – Gambar Scoop, 29 Julai, 2023

Dalam pada itu, Rafizi Ramli turut memberikan sokongan di Sikamat. Beliau disambut penyokong PH dan BN di Surau AL – Ansar.

Semangat perpaduan jelas tergambar di wajah wakil PKR Mohd Kamri Kamruddinyang bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dan Altimet di DUN Lembah Jaya ketika tiba di Dewan Dato Ahmad Razali pagi ini. – Gambar Scoop, 29 Julai, 2023

Sementara itu, penyanyi rap Altimet yang berpakaian baju melayu warna merah hadir bersama penyokong di Dewan Dato Ahmad Razali. Beliau akan bertanding di DUN Lembah Jaya, mewakili PH. – 29 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related