HEADLINES

Aida Nazeera yakin menangi hati pengundi, ‘saya tak gentar calon otai’

Calon Muda itu akan berdepan Anfaal Saari mewakili PH dan Zaidy Abdul Talib dari PN di DUN Taman Templer

6:36 PM MYT

 

SELAYANG – Meskipun sedar usianya yang muda dan kurang berpengalaman mungkin dijadikan senjata segelintir pihak mempertikaikan kemampuannya sebagai calon, Aida Nazeera Abd Rahman percaya semangat gigih akan membantunya meraih kepercayaan pengundi.

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer itu berkata, beliau tidak gentar berdepan dua pencabarnya, Anfaal Saari mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Zaidy Abdul Talib dari Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun lawan saya itu lebih berpengalaman, saya tak rasa diri saya kecil. Saya percaya dengan semangat saya dan yakin boleh melakukannya.

“Saya setanding mereka. Saya akan galas kepercayaan diberikan kepimpinan parti dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Scoop.

Ketika ditemui di luar perkarangan Majlis Perbancaran Selayang (MPS), anak sulung daripada tiga beradik itu tidak dapat menahan sebak selepas selesai menyerahkan borang penamaannya.

Aida Nazeera, 30, menjelaskan dia sebak kerana tidak menjangka dapat merasai pengalaman bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) buat julung kalinya.

“Keluarga saya tiada latar belakang politik. Saya orang pertama dalam keluarga yang terlibat dalam politik.

“Jadi sebak sedikit kerana ini pengalaman pertama kali. Saya ada tanggungjawab besar untuk dipikul,” katanya.

Sepanjang tempoh berkempen ini, Aida Nazeera berkata, beliau akan mendekati pengundi dan mendengar masalah dihadapi mereka terutamanya golongan B40.

Malah, katanya, beliau juga akan bertemu dengan anak muda di kawasan itu dan mendidik mereka mengenai kepentingan Undi18.

“Saya datang dari keluarga B40. Mak saya pun seorang ibu tunggal, jadi sebagai anak sulung, saya dapat rasa jerih payahnya.

“Saya juga mahu mendidik golongan belia mengenai politik. Kita boleh tengok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, tak ramai anak muda keluar mengundi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga akan cuba mendekati pengundi di DUN Taman Templer untuk mendengar permasalahan dihadapi mereka meskipun berdepan kekangan jentera kempen.

“Ada penduduk mengeluh bila hujan lebih sejam ada kawasan yang akan dinaiki air. Jadi saya akan berjuang, menjadi suara untuk mereka,” katanya. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related