◉ HEADLINES

Amirudin dedah ada guru agama percaya anak-anak kena pakai skirt jika PH menang

Setiap minggu ada majlis agama di kediaman rasmi dan pejabat Perdana Menteri dengan menjemput tokoh-tokoh agama

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan ada guru-guru agama yang terpengaruh dengan dakwaan kononnya jika Pakatan Harapan (PH) menang, kerajaan negeri akan memaksa anak-anak memakai skirt.

“Perkara ini tidak pernah berlaku, tak ada pun anak-anak kena (paksa) pakai skirt.

“Malah pada setiap minggu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan program agama di pejabat dan kediaman rasminya dengan menjemput serta meraikan tokoh-tokoh agama dan pakar hadis.

“Beliau meraikan pakar-pakar agama ini dan perkara ini tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini,’’ katanya menerusi video ceramah yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Perikatan Nasional (PN) mempunyai denial syndrome terhadap pencapaian Kerajaan Perpaduan di Selangor termasuk dalam hal berkaitan harga barang.

‘’Kita jaga harga barang dan pastikan rakyat dapat beli dengan harga murah dan tidak terbeban. Malu kamu PN.

‘’Ada juga yang merakamkan gambar sampah tidak dipungut pada pukul 3 pagi. Sampah-sampah ini diambil pada pukul 5 pagi, kalau kamu datang pada pukul 3 pagi buat apa?,’’ demikian soal Amirudin mengenai tindakan pembangkang yang cuba mencari kesalahan kerajaan negeri.

Justeru katanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini rakyat Selangor tidak boleh membiarkan PN bertapak di Selangor.

Dalam pada itu Pasukan Perpaduan Selangor akan melancarkan tawaran untuk lima tahun akan datang pada malam esok di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 8.30 malam. – 30 Julai, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

The noise that masks Malaysia’s steady progress – Wong Chun Wai

Amid viral outrage and social media sensationalism, the country records historic investments, economic stability, and low unemployment, challenging the narrative of perpetual crisis

◉ Related