HEADLINES

Populariti bapa bukan jalan pintas calon PH Batu Tiga untuk dikenali

Danial Al-Rashid Haron berdepan saingan tiga penjuru di DUN Batu Tiga.

6:19 PM MYT

 

SHAH ALAM – Nama Danial Al-Rashid Haron mungkin tidak dikenali ramai tetapi jika disebut Harun Salim Bachik pasti ramai yang mengenali Allahyarham pelakon veteran itu yang popular melalui drama di televisyen tempatan.

Mungkin tidak ramai juga tahu Danial Al-Rashid yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ialah anak kepada pelakon berkenaan.

Bagi Danial Al-Rashid, 37, populariti arwah bapanya itu bukan sandaran atau jalan pintas untuknya dikenali, juga bukan jalan mudah untuk memenangi kerusi DUN itu.

Pada hari pengundian PRN 12 Ogos ini, Danial Al-Rashid berdepan saingan tiga penjuru menentang Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan wakil parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen.

Anak tempatan yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari 2018 hingga 2020 itu juga sebenarnya tidak asing bagi penduduk kawasan berkenaan atas khidmat bakti yang dicurahkan di kawasan tempat kelahirannya itu.

Selain pernah menjadi Ahli Majlis MBSA, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Selangor itu juga terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga.

“Sebelum dipilih sebagai calon, saya bertugas di bawah jawatankuasa ini sebagai Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Ketua Jabatan Warisan Anak Selangor dari 2020 yang menguruskan program bantuan dan pembangunan anak-anak istimewa serta Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor.

“Selepas tiga tahun terbabit dalam tugasan berkaitan kemasyarakatan ini, saya membuat keputusan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Khas bagi lebih mendalami bagaimana mengurus dan membantu golongan istimewa ini di Selangor,” katanya.

Mewakili Parti Amanah Negara (Amanah), satu daripada tiga parti utama dalam gabungan PH, Danial Al-Rashid meletakkan kualiti, pengalaman serta perancangan meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk termasuk membantu mengupayakan anak-anak istimewa dan golongan OKU, khususnya di kawasan Batu Tiga sebagai sandaran meraih sokongan.

Beliau juga tidak melihat dirinya sebagai calon ‘under dog‘ biarpun terpaksa berhadapan dengan Rina yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mengenai penglibatan dalam politik, Danial Al-Rashid berkata beliau bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada arwah bapanya biarpun beliau tidak mengikut jejak untuk terbabit dalam bidang seni seperti adik-beradik lain. – 31 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related