◉ HEADLINES

SPRM syak wujud sistem hawala dalam kes rasuah berkaitan kelulusan VLN

Sistem hawala merujuk kepada penghantaran wang melalui kaedah ‘bawah tanah’ tanpa melibatkan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi

7:22 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini mendedahkan kewujudan sistem ‘hawala’ berhubung kes rasuah berkaitan kelulusan Visa Luar Negara (VLN) warga Bangladesh memasuki Malaysia.

Sistem hawala merujuk kepada penghantaran wang melalui kaedah ‘bawah tanah’ tanpa melibatkan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.

Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran pemakaian kamera badan dan jaket SPRM di sini hari ini, Azam berkata pihaknya sedang mengesan beberapa transaksi wang yang disyaki dibayar bagi tujuan perolehan visa pelancong yang disalahgunakan untuk memasuki negara.

“Kami juga mengesyaki terdapat sejumlah besar wang yang disalurkan melalui sistem hawala di beberapa tempat,” katanya.

VLN merupakan visa lawatan sosial untuk pelancong luar memasuki Malaysia bagi tempoh tertentu dan menurut undang-undang negara, pelancong Bangladesh dibenarkan menetap di Malaysia selama 30 hari dan tidak layak didaftar untuk sistem permit kerja.

Menurutnya siasatan lanjut SPRM mendapati lambakan pekerja Bangladesh di Malaysia adalah menerusi sistem VLN yang disalahgunakan untuk bekerja dalam negara serta tidak melalui saluran pengambilan pekerja asing yang betul.

Isu penyelewengan permohonan VLN oleh warga Bangladesh mendapat liputan meluas sejak April lepas susulan penahanan dua pegawai Jabatan Imigresen (JIM) yang ditempatkan sementara untuk bertugas di Pejabat Atase Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh.

Seorang pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh adalah antara dua individu ditahan pada 28 lepas kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM100 juta sejak 2021.

Siasatan mendapati pegawai itu dipercayai menerima bayaran sekitar RM1,363 (US$300) ke RM2,272 (US$500) bagi setiap kelulusan permohonan VLN melibatkan jumlah rasuah dianggarkan lebih RM100 juta meskipun pembayaran visa yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM105 sahaja.

Mengulas isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah, beliau berkata setakat ini empat individu ditahan dan pihak SPRM akan memanggil lebih ramai saksi.

“Kita masih perlu untuk memanggil lebih ramai saksi untuk siasatan lanjut. Dalam hal ini, kita bukan saja menyiasat berhubung isu wang, malah isu pematuhan kelulusan REE.

“SPRM bukan saja siasat berhubung kesalahan di bawah rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, tetapi menjadi tanggungjawab kami di bawah Seksyen 7 (Akta SPRM 2009) untuk melihat kepada sistem dan prosedur yang ada, sekiranya terdapat kelemahan dan sebagainya,” katanya. – 31 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related