Mentarang semakin pupus di Sekinchan, penjual rayu tindakan segera

Kebanyakan pencari siput mengutip mentarang yang belum mencapai usia matang

8:00 AM MYT

 

SABAK BERNAM – Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalist adalah makanan eksotik yang semakin digemari ramai serta menjadi sumber pendapatan kepada penduduk di sepanjang Pantai Sekinchan hingga Sg Burong di Sg Besar.

Bagaimanapun, ketika populariti mentarang semakin meningkat, hidupan laut itu berdepan dengan kepupusan akibat sifat tamak sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengganggu habitat mentarang berkenaan.

Menurut salah seorang penjual mentarang, Muhammad Fairuz Hafiz Abdullah, 22, kebanyakan pencari siput mengutip mentarang yang belum mencapai usia matang, seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Mengutip mentarang yang belum mencapai usia matang menyebabkan hidupan tersebut pupus di Sekinchan sejak 2019 lagi dan menjadikan peniaga tepi jalan seperti Muhammad Fairuz Hafiz Abdullah terjejas teruk – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

“Tindakan itu telah menyebabkan hidupan tersebut pupus di Sekinchan sejak 2019 lagi dan menjadikan peniaga tepi jalan seperti kami terjejas teruk sehingga terpaksa mendapatkan bekalan mentarang di Kedah, untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Disebabkan keadaan ini, kita terpaksa menaikkan harga RM40 ke RM45 sekilogram sejak 2021 berbanding RM30 sebelum ini, namun pembeli tidak perlu risau bagaimana untuk membersihkannya kerana kami telah membuang lumpur dan juga pasir serta sedia untuk dimasak, ” katanya ketika ditemui Scoop di Pasir Panjang, Sekinchan, hari ini.

Mentarang yang sedang dibakar – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

Mengulas lanjut, Fairuz berkata adalah sukar untuk menentukan harga mentarang kerana pihak penjual juga terpaksa membeli mentarang pada harga yang mahal daripada pencari makanan laut itu.

Jika harga terlalu mahal, ujarnya, dikhuatiri pelanggan tidak mahu membeli dan jika terlalu murah pula, ia boleh menimbulkan kesukaran kepada penjual mentarang.

Sukar untuk peniaga menentukan harga mentarang kepada pelanggan memandangkan ia dibeli pada harga yang mahal daripada pencari hidupan laut – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

Dalam pada itu, pengusaha Restoran Faridah Mentarang Bakar, Sazali Zainal, 64, mengakui sukar mendapatkan bekalan mentarang segar menyebabkan dia terpaksa mempelbagaikan jualan seperti belangkas, siput pepahat, kupang, lala selain ikan bakar.

Disebabkan kepupusan sepsis mentarang ini, Sazali terpaksa mendapatkan bekalan di Kuala Perlis selain bekalan sejuk beku dari Tanjung Balai, Indonesia.

Sazali Zainal, pemilik Restoran Faridah Mentarang Bakar terpaksa mempelbagaikan jualan seperti belangkas, siput, pepahat, kupang, lala selain ikan bakar susulan kesukaran mendapatkan stok mentarang segar – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

“Ada sesetengah pencari kerang mengutip mentarang yang masih kecil. Kita berharap Jabatan Pertanian Selangor memantau perkara ini sebelum spesis kerang ini hanya tinggal nama.

“Agensi berkaitan juga perlu melakukan kajian secara terperinci agar dapat mencari jalan bagaimana untuk menternak mentarang. Kalau perlu digazetkan kawasan itu bagi tujuan tersebut, sudah pasti tiada masalah,’’ katanya. – 2 Ogos, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Mufti slams calls for ‘overboard’ boycott of non-Muslim businesses after ‘Allah’-printed socks debacle

Calls for non-Muslim businesses to be boycotted in the aftermath of the fiasco surrounding convenience store chain KK Mart’s sale of socks printed with the word “Allah” is “overboard and against Islamic teachings”. 

Related