HEADLINES

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan: PM

Kerjasama melibatkan PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu  gabungan yang mantap

8:58 AM MYT

 

BENTONG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata ini kerana kerjasama melibatkan PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu  gabungan yang mantap.

“Kerana apa nak pecahkan, (kerana) mereka cemburu, kerana sudah berapa lama (di negara ini) kita belum ada kekuatan yang sebegitu rupa, memang ada usaha yang mahu pecahkan gabungan ini. 

“Tapi yang penting Kerajaan Perpaduan ini stabil, untuk apa? Untuk kita bangkitkan ekonomi, untuk apa? Untuk bawa pelaburan luar masuk, untuk apa? Untuk kita bela nasib rakyat, pelabur pun dah yakin dengan Kerajaan Perpaduan, jadi jangan kacau, jangan rosakkan. Nak kacau tunggu empat tahun lagilah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi BN Pahang  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Tambah Anwar kebersamaan di dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja berjaya memberi kestabilan politik, malah berupaya menghasilkan dasar yang jelas untuk pembangunan negara. 

Katanya dalam tempoh sembilan bulan pemerintahan, Kerajaan Perpaduan berjaya membawa manfaat seperti dasar ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Malah pelaburan tahun ini pun adalah yang paling tinggi dalam sejarah kita, dan ingat ini belum pun hujung tahun lagi,” katanya.

Anwar turut menzahirkan keyakinan BN akan mampu mempertahankan kerusi DUN  Pelangai.

PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related