HEADLINES

Alhamdulillah, Kampung Orang Asli Hulu Kemensah sudah ada Starlink: Fahmi

Beliau memaklumkan, matlamatnya masih sama, iaitu memastikan baki tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada internet, diberi keutamaan

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah memasang unit Starlink di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah yang menjadikannya lokasi kedua di negara ini, menerima perkhidmatan internet itu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kampung berkenaan juga dipilih sebagai penempatan orang asli pertama menikmati kemudahan itu.

“Alhamdulillah, unit Starlink kedua sudah dipasang. Kampung Orang Asli Hulu Kemensah dipilih sebagai kampung orang asli pertama untuk pemasangan Starlink, menjadikannya lokasi kedua selepas UiTM (Universiti Teknologi MARA) Kuala Pilah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, apabila beliau turun ke kampung berkenaan pagi ini, kualiti internet sedia ada sangat teruk, malah hampir tiada, walaupun mempunyai 135 penduduk.

“Matlamat saya masih sama, iaitu memastikan baki tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada internet, diberi keutamaan,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata, beliau sudah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat kajian tambahan penyelesaian jangka panjang, termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik.

“Semoga perkhidmatan internet ini memberi sinar baharu kepada penduduk setempat,” katanya.

Pada 27 Julai lalu, UiTM cawangan Kuala Pilah menjadi UiTM pertama menerima unit sulung peranti satelit Starlink dalam usaha kerajaan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan internet.

Unit Starlink pertama di Malaysia itu, diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak UiTM Kuala Pilah.

Katanya, ia adalah satu daripada usaha pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah internet di institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya dalam kalangan mahasiswa. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related