HEADLINES

Amalan rasuah dalam pilihan raya membimbangkan: Fahmi Fadzil

Sebelum ini Mahkamah Pilihan Raya telah membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15 kerana mendapati terdapat elemen sogokan

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amalan rasuah bagi mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya di negara ini membimbangkan susulan dua kes sedemikian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas telah dibuktikan di Mahkamah Pilihan Raya setakat ini, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebelum ini Mahkamah Pilihan Raya telah membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15 kerana mendapati terdapat elemen sogokan dan terbaharu bagi Parlimen Kemaman.

“Ini satu trend yang agak membimbangkan dan dari segi keputusan pilihan raya, kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi dari segi politiknya ia trend membimbangkan kerana sekiranya amalan sogokan itu adalah amalan rasuah, bagaimana sebuah parti yang perjuangkan agama Islam berasa tidak ada salah apa-apa bila terpalit dengan rasuah sedemikian rupa.

“… sekiranya ada parti yang terlibat dengan amalan rasuah dalam pilihan raya maka ini bukan satu amalan yang sihat untuk demokrasi negara kita,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat DHL Express Malaysia di Menara TM hari ini. 

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata buat masa ini pihak Kerajaan Perpaduan mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai keputusan terbaharu Mahkamah Pilihan Raya bagi Parlimen Kemaman itu kerana ia masih lagi baharu. 

“Ini kerana keputusan mahkamah baru sahaja keluar dan kita belum tahu sama ada pihak terbabit ingin buat rayuan atau tidak, kerana mereka ada tempoh untuk buat rayuan maka kita akan ‘wait and see’ dan semestinya perkara ini dalam perhatian pimpinan kerajaan,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada PRU15.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15 dan mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempestiyen. – 26 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related