HEADLINES

Amanat PM kepada pengundi enam negeri

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program ‘Grand Finale’ Jelajah Perpaduan Madani dan Amanat Khas di Padang EUPE, Taman Ria, Sungai Petani

11:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh beberapa jam lagi sebelum tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Kedah bagi menyampaikan amanat kepada pengundi.

Ketika berucap pada program ‘Grand Finale’ Jelajah Perpaduan Madani dan Amanat Khas di Padang EUPE, Taman Ria, Sungai Petani, Anwar berkata rakyat perlu memilih kerajaan negeri yang prihatin mengenai rakyat, bukannya memikirkan tentang pilihan raya.

Menurut beliau, bukannya memilih pemimpin yang menghina orang, memaki, mencerca serta tidak takbur.

“Ukuran pelaksanaan adalah masa kita berkuasa. Ujian adalah ketika ini. Lakukan dengan baik ketika anda masih berkuasa.

“Mengapa PAS dan Bersatu tidak melakukan ketika berkuasa dulu. Ada tiga tahun. Dia buat atau tidak. Anwar (dikatakan) naik harga padi, saya tak masuk syurga. Jadi itu akhirnya parti politik menjadikan agama sebagai tunggangan politik,’’ katanya.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menegaskan beliau tidak mahu jadi Perdana Menteri yang timbulkan huru hara antara kaum di negara ini – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related