HEADLINES

Bajet 2024: Malaysia kekal destinasi pelabur asing, tarik pelaburan RM132.6 bilion

Pencapaian itu merangkumi RM63.3 bilion pelaburan langsung asing melibatkan keseluruhan 2,651 projek, dan dijangka menghasilkan lebih 51,000 peluang pekerjaan

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan pelabur asing pada separuh pertama 2023 selepas berjaya menarik pelaburan bernilai RM132.6 bilion, melebihi 60 peratus daripada sasaran tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini berkata, pencapaian itu merangkumi RM63.3 bilion pelaburan langsung asing melibatkan keseluruhan 2,651 projek dan dijangka menghasilkan lebih 51,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, sebuah kawasan perindustrian baharu juga akan dibuka di Kerian, Perak Utara bagi memudahkan urusan perniagaan selain menubuhkan jawatankuasa bagi mempermudahkan urusan pelaburan FDI (pelaburan langsung asing) dan DDI (pelaburan langsung domestik).

“Penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) akan melapor kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh saya.

“Kemunculan lebih banyak syarikat pemula tempatan amat mustahak kerajaan sasar kedudukan ke-20 teratas bagi ekosistem syarikat pemula global menjelang 2030,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Bryan Lomas joins South Korea as national diving coach

34-year-old three-time Olympian's contract will last until the 2026 Asian Games

Related