HEADLINES

Bakar tandas hingga rakan maut, 2 remaja diarah cuci tandas awam 100 jam

Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua remaja berkenaan mengaku bersalah

4:27 PM MYT

 

KUALA SELANGOR – Dua remaja lelaki diarahkan untuk membuat kerja khidmat masyarakat dengan mencuci tandas selama 100 jam dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan khianat terhadap sebuah bangunan dengan api, tahun lepas.

Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua remaja berkenaan mengaku bersalah.

Siti Hajar turut memerintahkan bon berkelakuan baik sebanyak RM1,000 setiap seorang selama dua tahun serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dalam tempoh sama. 

“Kamu juga tidak boleh keluar rumah sendirian bermula 8 malam hingga 6 pagi kecuali ditemani ibu bapa masing-masing. Kena hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya. 

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berumur 16 tahun dan masih bersekolah itu didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan tandas awam gelanggang futsal di Fasa 3 Bandar Puncak Alam di sini pada jam 2.47 petang, 28 Ogos 2022.

Pendakwaan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.  

Terdahulu pada prosiding itu, wakil JKM mengemukakan laporan akhlak kedua-dua tertuduh selain mengemukakan dua syor termasuk berkelakuan baik. 

Dua penasihat awam turut memberikan penyataan dalam galeri mahkamah menegur perbuatan kedua-dua tertuduh yang membinasakan harta awam dan memberi kesan kepada keluarga arwah mangsa seorang remaja lelaki (Muhammad Damin Mikhail Kansol).

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri turut memohon hukuman setimpal dikenakan kepada kedua-dua tertuduh kerana kejadian itu melibatkan kepentingan awam. 

Turut hadir dalam prosiding tersebut peguam pemerhati Johan Ariff Salim Khan mewakili keluarga mangsa manakala kedua-dua remaja itu tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki, Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam di sini angkara gurauan dua rakannya itu tahun lepas.  – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related