HEADLINES

Daiyan Trisha kutuk kekejaman Zionis, tak kisah kerjasama dengan jenama antarabangsa terjejas

Tegasnya lagi, dia tidak akan berhenti bersuara mengenai isu tersebut di Instagram miliknya.

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha antara salah seorang selebriti yang cukup lantang bersuara dalam memperkatakan apa sahaja prinsip atau pandangannya mengenai sesuatu perkara.

Terbaharu, Daiyan menyatakan sokongan dan solidaritinya terhadap Palestin secara terbuka melalui Instagram miliknya sambil mengutuk kekejaman Zionis.

Bahkan, dia yang semakin menempa nama dalam dunia fesyen dan turut diundang untuk menghadiri Minggu Fesyen di luar negara juga menyedari, tindakannya itu bakal memberikan kesan terhadap hubungan dan kerjasamanya dengan jenama antarabangsa.

Namun, pelakon drama Projek: Anchor SPM itu mengakui dia terpaksa berpegang kepada prinsip dan mempertahankan agamanya, berbanding perkara lain.

“Mungkin posting (hantaran) ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerjasama saya dengan jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri.

“Rezeki ada di mana-mana dan Allah memberi saya kejayaan serta kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini. Alhamdulillah.

“Dan, oleh itu, di saat getir ini, saya tidak akan berdiam diri dan membelakangkan agama dan kepercayaan saya serta paling utama, saudara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa dibunuh, diperlakukan dengan kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka,” katanya.

Tegasnya lagi, dia tidak akan berhenti bersuara mengenai isu tersebut di Instagram miliknya.

“Selama ini saya kerap bersuara dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza. Malah saya akan bersuara dengan lebih lantang.

“Dunia kita sudah menghampiri saat akhir. Jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, sekarang adalah masanya,” katanya. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related