HEADLINES

DAP bukan parti komunis, kata Loke

DAP berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, termasuk perjuangannya dan objektifnya : Loke

3:02 PM MYT

 

PUTRAJAYA – DAP bukan parti komunis sebaliknya berpegang kepada ideologi sosial demokrasi dengan pendekatan politik kesederhanaan atau pertengahan, demikian kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Jelasnya, parti itu akan sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam segala keputusan, dasar dan politik parti.

“Sebagai sebuah parti yang berdasarkan ideologi sosial demokrasi yang mengamalkan pendekatan politik centre left (pertengahan kiri) dari segi doktrin dan pendekatan politik, kita bukan parti komunis.

“DAP berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, termasuk perjuangannya dan objektifnya.

“Semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mesti mengambil jalan sederhana, jalan pertengahan untuk polisi dan dasar supaya kita boleh menjadi satu pilihan kepada majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam ucapan dasar pada Persidangan Tahunan DAP 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata, politik kesederhanaan atau pertengahan ini adalah satu kuasa besar yang boleh mengekang politik ekstrem pihak lawan.

“Ini terbukti di PRK Pulai dan Simpang Jeram semalam dan kita mesti bawa semangat ini ke seluruh pelusuk negara supaya politik kesederhanaan ini boleh membawa Malaysia menjadi lebih gemilang dan hebat,” katanya.

Anthony Loke berkata DAP komited dalam memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan tidak akan melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat kerajaan. – Azim Rahman/Scoop, 10 September, 2023

Beliau berkata, perpaduan pada hari ini adalah satu-satunya pilihan untuk memastikan Malaysia bangkit semula dan bina negara  dalam semua bidang, baik ekonomi, sosial mahu pun pendidikan.

“Dalam segala bidang pun kita nak bina kekuatan baharu demi negara dan projek perpaduan ini mesti kita jayakan dan usahakan bersama,” katanya.

Loke berkata, DAP komited dalam memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan tidak akan melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat kerajaan.

“Kita sedar bahawa cabaran cukup besar, akan timbul isu-isu dari masa ke semasa yang perlu kita tangani secara bersama, baik dan matang.

“Kita tidak ada pilihan lain selain memastikan Kerajaan Perpaduan ini berjaya mengemudi negara. Misi politik akan terus kita bawa dalam perjuangan, pendekatan dan dasar kita setiap hari kerana kita parti yang pragmatik dan praktikal,” katanya. – 10 September, 2023.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related