HEADLINES

Dewan Rakyat: Speaker haramkan penggunaan zionis, yahudi, kafir ketika perbahasan

Larangan itu yang berkuat kuasa hari ini, bertujuan mengingatkan Ahli Parlimen supaya fokus kepada isu memberi kesan kepada rakyat

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini bermula dengan ‘kekecohan’ apabila Speaker, Tan Sri Johari Abdul melarang penggunaan istilah ‘zionis’, ‘yahudi’ dan ‘kafir’ daripada digunakan semasa prosiding perbahasan.

Keputusan itu, katanya, sebagai peringatan kepada Ahli Parlimen bahawa perbahasan Dewan Rakyat memberi tumpuan kepada nasib rakyat, bukannya menyentuh isu perkauman atau perkara sensitif lain.

Johari juga berkata, arahan berkenaan berkuat kuasa hari ini, selepas Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-PH) menegaskan bahawa Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau-PN) dan Datuk Awang Solahuddin Hashim (Pendang-PN), mengaitkannya dengan perkataan yang diharamkan semasa sidang Dewan Rakyat pada 18 Oktober.

“Arahan saya berkuat kuasa hari ini. Jadi apa sahaja diperkatakan sebelum ini, Ahli Parlimen boleh mengusulkannya dan saya akan lihat.

“Janganlah kita kaitkan sesiapa di Dewan Rakyat ini dengan kata-kata ini, terutamanya sekarang apabila keadaan di luar sana sangat sensitif,” katanya.

Johari menegaskan, amaran tegas beliau melarang penggunaan tiga perkataan itu adalah mengikut Perintah Tetap 36(10)(C) Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa adalah salah untuk menggunakan apa-apa perkataan boleh menyinggung perasaan orang lain semasa perbahasan.

Beliau turut berpesan kepada Ahli Parlimen supaya mengetepikan apa-apa perkara peribadi, terutama yang tercetus di luar Parlimen daripada menjadi sebahagian prosiding perbahasan mengikut Perintah Tetap 23(1)(i).

“Isu peribadi dibangkitkan di luar dewan perlu diselesaikan di luar dewan Parlimen,” katanya. – 23 Oktober 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related