◉ HEADLINES

Ebit Lew disiasat susulan laporan polis dibuat wanita negara jiran

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan apakah kesalahan disiasat pihaknya itu

10:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan terhadap pendakwah bebas, Ebit Lew berhubung dakwaan dibuat seorang wanita dari negara jiran, baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada wanita itu, namun tidak mendedahkan ia mengenai kesalahan apa.

Polis hari ini juga mengesahkan, pihaknya menerima laporan daripada Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew yang mendakwa beliau difitnah dalam sebuah video tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada jam 2.17 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa mendakwa dirinya difitnah wanita itu dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial, Jumaat lalu.

“Laporan polis berkenaan dikategorikan ROR atau RLR (Refer to Other Report/Rujuk Laporan Lain) dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Fairus berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video tular di media sosial.

Katanya, jika didapati terdapat sebarang perlakuan menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, Ebit Lew yang baru tiba dari Jeddah dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan, beliau membuat satu laporan polis selepas mendakwa dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.

Kes berkenaan juga akan diserahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan undang-undang dan beliau juga menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut. – 18 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related