HEADLINES

Exco Negeri Sembilan angkat sumpah esok

4:44 PM MYT

 

SEREMBAN – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan bagi Dewan Undangan Negeri penggal ke-15 akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah itu akan bermula pada 9 pagi di Istana Besar Seri Menanti.

Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan sidang media mengenai pelantikan Exco berkenaan akan diadakan pada 5 petang esok selepas Mesyuarat Exco negeri yang pertama di Wisma Negeri.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos, menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) meraih lima kerusi.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri berkemungkinan menjenamakan semula portfolio Exco agar selari dengan peranan peringkat kerajaan Persekutuan. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related