HEADLINES

Gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Kinabatangan

Haiwan itu mungkin diserang gajah lain sebelum ia mati

11:59 PM MYT

 

SANDAKAN – Seekor gajah Pygmy Borneo ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, punca kematian gajah tersebut masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, katanya, kesan di lokasi kejadian menimbulkan kebarangkalian haiwan tersebut diserang gajah lain sebelum ia mati.

“Tidak ada kecederaan di luar badan gajah tersebut. Pihak kami masih belum dapat mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada Scoop.

Menurutnya, beliau sedang menunggu laporan penuh daripada kakitangan jabatan itu di lokasi kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Isu konflik manusia dan gajah sudah tidak asing lagi di Pantai Timur Sabah, termasuk daerah Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tawau.

Pada 2010 dan 2011, Sabah merekodkan 145 kes kematian gajah atas sebab pemburuan, pembunuhan dendam, kemalangan, penyakit dan punca yang tidak diketahui.

Namun, kes kematian gajah di Sabah telah mula berkurangan sejak tahun lalu.

Kali terakhir kes sedemikian dilaporkan adalah pada 11 Oktober 2022, di mana seekor gajah dewasa ditemui mati di Kalabakan, Tawau. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related