HEADLINES

Garis panduan baharu buli, gangguan seksual dilancar KPM hujung bulan ini: Fadhlina

Ia sebagai usaha kementerian itu bagi memastikan tiga ‘dosa besar’, iaitu buli, jenayah sosial dan perkauman tidak berlaku dalam institusi pendidikannya

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melancarkan dua garis panduan baharu berhubung isu buli dan gangguan seksual, hujung bulan ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu diwujudkan memandangkan kes buli, jenayah sosial serta isu perkauman adalah ‘dosa besar’ dalam institusi pendidikan dan mesti dielakkan.

Katanya, KPM juga berusaha memastikan tiga dosa besar itu, tidak akan berlaku di dalam institusi pendidikan.

“Justeru, hujung bulan ini kita akan melancarkan garis panduan khusus bagi menangani dua daripadanya, iaitu isu buli dan gangguan seksual,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Malaysia 2023 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, malam tadi.

Fadhlina menegaskan, bagi menangani tiga isu itu, guru akan menjadi barisan hadapan untuk memastikan ia tidak terus berlaku dalam institusi pendidikan.

Pada 18 Ogos lalu, KPM menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius isu buli dan gangguan seksual membabitkan murid di institusi pendidikan di bawah kementerian berkenaan.

Malah, katanya, KPM sentiasa proaktif dalam menangani kes buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan kendaliannya, bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid serta seluruh warga institusi pendidikan. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related