HEADLINES

Harga internet lebih murah menjelang September

Penggunaan MSAP akan menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah

2:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Bil7/2023 di sini hari ini, beliau berkata penggunaan MSAP akan menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

“Jadi Insya-Allah menjelang bulan September, harga Internet jadi lebih murah… kalau sebelum ini murah, tetapi kali ini (jadi) lebih murah,” katanya.

Pada 11 Julai lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pengurangan harga runcit bagi perkhidmatan jalur lebar tetap berdasarkan MSAP hanya boleh dilaksanakan selepas perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.

MCMC berkata buat masa ini, kebanyakan pembekal akses telah atau sedang dalam proses penerbitan Tawaran Akses Rujukan (RAO).

Kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap pada Februari lepas yang bertujuan membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya dan warga tua. Pakej ini disertai dengan kontrak langganan selama 24 bulan dan berharga RM69 sebulan, menyediakan kelajuan Internet sehingga 30Mbps dengan data tanpa had.

Fahmi berkata dasar baharu “di mana ada jalan, di situ ada Internet” akan diperkenalkan bagi memastikan masyarakat mendapatkan akses Internet dengan lebih meluas.

Beliau berkata dasar berkenaan, yang akan diusahakan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama pihak seperti syarikat telekomunikasi gergasi, akan dimulakan di kawasan jalan raya termasuk jalan utama.

“Kita semua mesti usaha segera, realitinya kita boleh bercakap, berkompang dan rasa bermegah dengan adanya 5G tetapi rakyat masih dambakan akses asas 4G di mana sahaja mereka berada,” katanya serta menambah bahawa Internet adalah perkara asas yang penting seperti air dan elektrik.

Fahmi turut memuji kesediaan dan komitmen beberapa syarikat telekomunikasi yang bersetuju menandatangani perjanjian akses untuk pelaksanaan 5G, selain bekerjasama dalam pelaksanaan Pakej Perpaduan yang kini dikenali sebagai Pakej RAHMAH untuk kurangkan kos kepada pengguna.

Pada 21 Julai lepas, Fahmi berkata Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berjaya mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB.

Beliau berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications, akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB. – 31 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related