Hari Sabah: Walaupun disambut lewat, negeri sudah dapat rai kemerdekaan sendiri – Hajiji

Rakyat Sabah diingatkan bahawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan sedang dikecapi ini hendaklah dipelihara serta dikekalkan untuk diwariskan kepada generasi akan datang

9:36 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Selepas enam dekad pembentukan Malaysia, akhirnya Sabah julung kali berpeluang meraikan Hari Sabah buat pertama kali hari ini, susulan 31 Ogos diwartakan sebagai sambutan memperingati hari kemerdekaan negeri berkenaan daripada penjajahan British.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, walaupun tarikh meraikan sambutan diwartakan pada 31 Ogos 1963 itu lewat apabila hanya diadakan bermula tahun ini, ia tetap momen menggembirakan dan menyaksikan negeri berkenaan akhirnya dapat meraikan sambutan kemerdekaannya sendiri.

Justeru, bersempena sambutan itu, beliau meminta seluruh rakyat Sabah mengekalkan sejarah negeri dan menghayati pembentukan kerajaan serta kewujudannya yang sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan.

“Keputusan diambil kerajaan negeri untuk mengadakan sambutan Hari Sabah ini adalah sebagai memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah Inggeris di bumi Sabah.

“Kerajaan British sudah memberikan laluan kepada kita untuk membentuk masa depan sendiri dan jalan itu, terbuka dengan seluasnya tanpa sebarang pertelingkahan atau pertumpahan darah.

“Walaupun agak terlewat, tetapi pepatah Inggeris menyebut, it is better late than never (tetap dirai daripada tidak diadakan)!” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Sabah di Dewan Pisompuruan Tambunan di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Datuk Seri Hajiji diiringi Datuk Seri Jeffrey menandatangani Tugu Peringatan 60 Tahun Hari Sabah Merdeka di Pisompuruan Square, Tambunan, Kota Kinabalu, hari ini – Gambar Scoop, 31 Ogos, 2023

Hajiji berkata, usaha dan perjuangan merealisasikan sambutan Hari Sabah sebenarnya bermula sejak beberapa tahun lalu.

“Namun sambutan Hari Sabah ini seolah-olah terselindung oleh Hari Kebangsaan yang juga diraikan pada tarikh sama (31 Ogos).

“Maka, setelah sekian lama, tahun ini dan pada hari ini, kita raikan kembali Hari Sabah,” katanya.

Pada masa sama, Hajiji mengajak rakyat Sabah menghargai dan mengenang jasa serta bakti pemimpin terdahulu, selain pasukan keselamatan yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka untuk memastikan kemakmuran serta kesejahteraan seluruh rakyat.

“Marilah kita raikan sambutan ini dengan penuh kesyukuran atas nikmat diberikan kepada kita semua selaku anak-anak pribumi bertuah yang sentiasa berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera.

“Ingatlah, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan sedang kita kecapi ini hendaklah dipelihara serta dikekalkan untuk diwariskan kepada generasi akan datang”, tambahnya.

Hari Sabah sebenarnya pernah disambut di beberapa daerah pada 31 Ogos 1963, selepas Governor British, Sir William Goode pada 28 Ogos, 1963 di Jesselton (Kota Kinabalu) mengisytiharkan Ogos 31 sebagai Hari Sabah.

Ketika itu, Sir William juga mengisytiharkan Sabah akan mempunyai kerajaan sendiri dengan Perlembagaan Negeri baharu, berkuatkuasa 31 Ogos 1963, namun tarikh terbabit digantikan dengan Hari Malaysia pada 16 September. – 31 Ogos, 2023 -ends-

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related