HEADLINES

Idrus Harun dilantik Pengerusi AmanahRaya

Pengalaman luas dan kecemerlangan Idrus dalam bidang perundangan membolehkan beliau membawa syarikat penuh milik kerajaan itu ke peringkat lebih tinggi

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai Pengerusinya mulai hari ini.

AmanahRaya dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya percaya pengalaman luas dan kecemerlangan Idrus dalam bidang perundangan membolehkan beliau membawa syarikat penuh milik kerajaan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, Idrus adalah pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berbekalkan pengalaman lebih 42 tahun dalam bidang perundangan, Idrus berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

“Beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta penggubal undang-undang Parlimen,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Idrus juga dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014 selain Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018.

Pada Mac 2020, Idrus dilantik sebagai Peguam Negara dan berkhidmat sehingga persaraan beliau pada bulan lepas. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related