◉ HEADLINES

Islam tetap terbela walau bukan PAS memerintah, ‘cukup-cukuplah politik perpecahan…: Dr Akmal

Katanya, ketika Umno menjadi tunjang kerajaan, Malaysia cukup dikenali seluruh dunia dengan model negara Islam antara terbaik di dunia

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Mohamad Akmal Saleh menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di negeri berkenaan, melawan perjuangan Islam.

Dr Mohamad Akmal berkata, parti politik bukan agama, justeru mana-mana individu yang tidak menyokong parti sealiran Mohd Nassuruddin, iaitu PAS, bukan bermakna mereka melawan perjuangan Islam.

Katanya, sejak Merdeka sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Islam tetap terbela dan dimartabatkan di Malaysia, walaupun bukan PAS yang memerintah ketika itu.

“Malah Malaysia ketika itu cukup dikenali seluruh dunia dengan model negara Islam antara yang terbaik di dunia.

“Ketika itu, tunjang parti kerajaan adalah Umno dan tidak pernah sekalipun Umno mengeluarkan (kenyataan) sesiapa yang tidak menyokong Umno, maka tidak menyokong perjuangan Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Dr Mohamad Akmal meminta Mohd Nassuruddin berhenti mengamalkan ‘politik berunsur perpecahan’, sebaliknya berkhidmat sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan memastikan masyarakat bersatu-padu.

“Cukup-cukuplah untuk politik perpecahan ini, rakyat memerlukan pemimpin mereka bekerja dan bukannya memecah-belahkan rakyat dengan sentimen yang extremist.

“Politik seharusnya menyatukan rakyat bukan memecah-belahkan rakyat,” katanya.

Selain itu, Dr Mohd Saleh menegaskan, parti politik digunakan untuk mempertahankan agama, bukan agama digunakan bagi mempertahankan parti politik.

“Jangan kita yang menjadi fitnah dan imej buruk untuk agama Islam di mata orang lain,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Nassuruddin ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Kelantan semalam, didakwa melabel dua Adun pembangkang di negeri berkenaan, menolak perjuangan Islam.

“Alhamdulillah orang muda bersemangat…Orang tua tu sokmo (sentiasa) dah sokong perjuangan Islam. (Ini) orang muda sokong, alhamdulillah sehingga tinggal dua kerusi (pembangkang).


“Tak apa lah takut orang nak tengok hak lawan perjuangan Islam macam mana,” katanya dalam video berdurasi 44 saat itu. – 19 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Automation to wipe out cashiers, postal service, data entry clerks and bank tellers by 2030: WEF

Jobs in AI, cybersecurity, and renewable energy will be in high demand

◉ Related