HEADLINES

Jasmine Loo mungkin dipanggil beri keterangan dalam bicara 1MDB Najib

Selain Loo, tiga lagi saksi adalah penganalisis Bank Negara Malaysia, dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis

8:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini ia akan memanggil sekurang-kurangnya empat lagi saksi untuk memberi keterangan termasuk bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata selain Loo, tiga lagi saksi adalah penganalisis Bank Negara Malaysia, dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Beliau berkata demikian ketika hakim perbicaraan Datuk Collin Lawrence Sequerah bertanya kepada pihak pendakwaan berapa ramai lagi saksi yang akan dipanggil sekiranya saksi pendakwaan ke-46 iaitu bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selesai memberi keterangan.

Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo telah ditahan oleh polis pada 7 Julai untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Hari ini, peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau mahu menangguhkan pemeriksaan balas ke atas Zeti.

Beliau membuat permohonan itu (tangguh pemeriksaan balas) selepas Zeti memberi keterangan bahawa beliau bertemu bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Ashok Ramamurthy sekali, selepas beliau mengambil alih jawatan itu, apabila Cheah Tek Kuang (bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank) memperkenalkan kepadanya semasa kunjungan hormat.

Zeti menafikan dakwaan Muhammad Shafee bahawa Ashok telah menghantar kepadanya kemas kini mengenai akaun Najib.

Beliau mengulangi keterangannya sebelum ini bahawa beliau telah memaklumkan kepada Cheah semasa pertemuan pertama mereka pada 2011 bahawa apa-apa berkaitan dengan akaun Najib harus ditujukan kepada timbalan gabenor BNM ketika itu.

Pada ketika ini, Muhammad Shafee membuat permohonan kepada Hakim Sequerah untuk meminta kenyataan yang didakwa direkodkan oleh SPRM daripada Ashok di Singapura.

Peguam itu kemudian berkata beliau mahu pemeriksaan balas ke atas Zeti dihentikan, sementara menunggu permohonannya.

“Yang Arif, saya ingin menyoal pegawai penyiasat berhubung kenyataan yang didakwa ini. Saya juga mahu memanggil semula Cheah,” katanya.

Susulan itu, Ahmad Akram mencelah dengan berkata tiada kenyataan “secara rasmi atau tidak rasmi” yang beliau tahu ketika ini kerana Ashok bukanlah seorang daripada saksi yang dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan itu.

Hakim kemudian meminta Zeti untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related