HEADLINES

Kenaikan gaji penjawat awam lebih sesuai ikut KPI, bukan secara pukal

Kenaikan gaji seeloknya tidak diberikan kepada semua tetapi dilaksanakan seperti syarikat swasta iaitu mengikut prestasi kerja

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya dibuat berdasarkan kepada penilaian prestasi kerja berbanding memberikan ganjaran dalam bentuk pukal kepada semua, seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya kenaikan diberikan kepada semua sebaliknya ia perlu dilaksanakan seperti syarikat swasta.

Sambil menyatakan beliau tidak bersetuju dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta kenaikan gaji dan bonus setiap tahun namun berkata jika perkara itu dipersetujui, maka ia juga memerlukan situasi menang-menang.

“Setiap tahun Cuepacs minta naik gaji tapi dalam situasi ini kena juga ada win-win situation. Kalau mahu kenaikan gaji dan bonus, kena diletakkan syarat.

“Saya tidak bersetuju ia diberikan secara pukal (kepada semua penjawat awam), sebaliknya dinilai berdasarkan peningkatan prestasi kerja secara tahunan, seperti yang dipraktik dalam sektor swasta, yang mana perform akan diberi bonus sewajarnya mengikut KPI (petunjuk prestasi utama) mereka.

“Kalau diberikan secara pukal seperti yang dilaksanakan sekarang, ia tidak adil kepada pekerja yang rajin sebab yang malas pun boleh dapat kenaikan gaji sama,” katanya kepada Scoop.

Penganalisis juga berpendapat bahawa kenaikan gaji sepatutnya perlu diberi lebih penekanan kepada penjawat awam yang berpendapatan bawah RM2,500 – Gambar Scoop, 21 September, 2023

Beliau mengulas mengenai Cuepacs menerusi presidennya, Datuk Adnan Mat yang memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024, yang dijadualkan bulan depan.

Kesatuan itu turut berharap kerajaan memberikan bonus minimum satu bulan setengah kepada penjawat awam, yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Adnan berkata, Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

Ahmed Razman turut menambah, kenaikan gaji juga sepatutnya perlu diberi lebih penekanan kepada penjawat awam yang berpendapatan bawah RM2,500.

“Ini supaya mereka dapat peluang naik gaji dari tahun ke tahun bagi memperbaiki taraf hidup berdasarkan penilaian prestasi kerja,” katanya. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related