HEADLINES

Kenapa Dr Mahathir tak boleh duduk diam?

Mana-mana pemimpin di negara ini seharusnya mencontohi sikap mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk Malaysia

3:10 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing meminta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti mengelirukan orang ramai terutamanya melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, mana-mana pemimpin di negara ini seharusnya mencontohi sikap Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.

“Saya minta Dr Mahathir belajar dengan Abdullah, apabila berundur diri, beliau terus diam. Sampai hari ini beliau diam dan tidak bising.

“Sebaliknya mendoakan untuk negara kita. Kenapa Dr Mahathir tidak boleh duduk diam?,” katanya berucap pada program Jamuan Perpaduan Bersama Masyarakat Cina di Taman Bukit Indah di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bintulu tersebut berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan sentimen menghukum yang boleh menimbulkan salah faham kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 

“Sekarang kita nampak dan dengar macam-macam cerita daripada PAS. PAS buat ibarat (hanya ada) satu bangsa, satu agama sahaja di Malaysia.

“Mungkin Muhyiddin terlupa Malaysia ada berbilang kaum dan agama, kenalah saling hormat-menghormati. Janganlah jadi batu api hanya kerana mahukan undi rakyat,” katanya. 

Pada masa yang sama, King Sing turut berharap masyarakat memberi peluang dan masa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi negara.

Sabtu lepas, Muhyiddin semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi mereka yang mengundi Suhaizan pada PRK Parlimen Pulai. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related