HEADLINES

Kepulangan Anwar dari AS disambut meriah

Mereka turut disambut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta penyokong

11:47 PM MYT

 

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan kerja empat hari ke New York, Amerika Syarikat (AS) dari 20 hingga 24 Sept dan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Pesawat yang membawa Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 5 petang.

Ketibaan Anwar dan delegasi disambut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta para penyokong.

Lawatan Anwar ke AS membuahkan hasil apabila usaha menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan ke Malaysia melalui pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi negara itu.

Anwar telah mengadakan pertemuan dan berinteraksi bersama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhillips dan Kimberly-Clark di Harvard Club.

Pada acara Invest Malaysia New York yang dihadiri para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah US$40 trilion, Anwar memberi komitmen kerajaan untuk memastikan suasana pelaburan yang kondusif.

Lawatan itu juga memberi peluang kepada Anwar untuk berkongsi dasar dan aspirasi Malaysia terkait hubungan antarabangsa. – 26 September, 2023

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Related