HEADLINES

Kes MYAirline: Seorang lagi suspek ditahan

Lelaki itu dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk ditahan reman, pada jam 10 pagi ini

9:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan awal pagi ini di kediamannya di Bangsar, di sini berkaitan kes syarikat penerbangan tambang murah, MyAirline.

Ia adalah penahanan suspek keempat berhubung siasatan membabitkan syarikat itu yang menggantung operasinya secara tiba-tiba 12 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek terbaharu itu akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk ditahan reman, jam 10 pagi ini.

“Setakat ini, JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 items barang kemas,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, reman suspek utama, iaitu pengasas bersama MYAirline, Goh Hwan Hua tamat pada hari ini dan akan dibebaskan dengan jamin polis.

“Siasatan masih diteruskan dengan fokus semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan i-Serve,” katanya.

Pada 17 Oktober lalu, Goh Hwan Hua bersama isteri dan anaknya ditahan reman bagi membantu siasatan kes dihadapi syarikat itu.

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dua ahli keluarganya itu dibebaskan pada Sabtu lalu.

Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober lalu, hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Pengarah MYAirline memaklumkan, keputusan itu diambil susulan syarikat terbabit kini mengalami masalah kewangan ketara.

Katanya, penggantungan operasi itu juga dilakukan sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan syarikat penerbangan berkenaan kembali dilakukan.

“Kami amat kesal serta memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini dan kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja serta rakan kongsi berdedikasi kami,” katanya. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related