◉ HEADLINES

KKD teliti keperluan melesen platform TikTok, Meta, Google: Fahmi

4:43 PM MYT

 

KUCHING – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak platform berkenaan telah dijalankan, bagi memperhalusi perkara itu yang bertujuan memberi pulangan kepada industri media negara ini.

“Setelah pertemuan MCMC dan KKD dengan beberapa paltform media sosial yang besar Google, Meta dan TikTok, saya telah bincang beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan untuk kita mendaftar dan melesenkan beberapa platform ini.

“Kita melihat banyak kandungan yang dihasilkan organisasi media Malaysia, dimanfaatkan di media sosial yang terdapat di platform besar ini, tetapi pulangan untuk media kita (Malaysia) sangat kurang,” katanya ketika ditemui pemberita di program Kasih@HAWANA 2023 di sini, hari ini.

Fahmi berkata mekanisme seperti melesen dan mendaftar ketiga-tiga platform media itu, perlu dipertimbangkan sebagai langkah memastikan ekosistem industri media negara terus mampan. 

“Kita bukan hanya nak bantu wartawan dan kakitangan yang menghadapi masa sukar tetapi juga membantu industri media itu sendiri,” katanya.

Ogos lepas, Fahmi dalam ciapan di platform X memaklumkan, inisiatif itu dijangka akan sedikit sebanyak membantu industri media menjana pendapatan tambahan.

Beliau berkata sebagai menteri dalam kerajaan, beliau sendiri perlu memainkan peranan untuk memastikan nasib kakitangan media di negara terbela. – 14 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related