◉ HEADLINES

Kuda, rusa, kerbau dan itik antara haiwan yang dijual Taman Botani mulai esok

Haiwan yang boleh dibeli itu ialah Rusa Timorensis yang berjumlah 41 ekor, Kuda Sembawa (enam ekor), itik serati (13 ekor), arnab (18 ekor) serta seekor kerbau

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rusa, kuda dan kerbau merupakan antara binatang yang ditawarkan untuk dijual kepada orang ramai menerusi tawaran jualan (pelupusan haiwan) yang dikeluarkan oleh Taman Botani Shah Alam, bahagian Makanan dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Bukit Cahaya Seri Alam.

Pengarahnya, Siti Zubaidah Mohamad berkata, haiwan yang boleh dibeli itu ialah Rusa Timorensis yang berjumlah 41 ekor, Kuda Sembawa (enam ekor), itik serati (13 ekor), arnab (18 ekor) serta seekor kerbau.

“Lawatan tapak tidak diwajibkan namun jika pembeli ingin melihat haiwan berkenaan terlebih dahulu, mereka perlu membuat temu janji.

“Haiwan terbabit boleh dilihat dan dibeli bermula esok sehingga 11 Oktober ini pada jam 10 pagi sehingga 3 petang bertempat di Taman Haiwan, Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) dengan temu janji,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memaklumkan permohonan pembelian haiwan boleh diperolehi secara percuma di TBNSA,” katanya. – 5 Oktober, 202

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related